Orang Kuat SBM Down! Alfatihah to Sdr.Mohd Effendi
Salam Hormat ...Izinkan saya menyampaikan berita sedih . Sdr Mohd Effendi atau lebih dikenali sebagai Taz Devil telah terlibat di dalam kemalangan maut pada Ahad 26/07/09 ketika dalam ride menuju ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Perkahwinan Terbesar dalam SBM di Matrade Center hari ini. Beliau bertolak dari Kerteh menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur seorg diri dan ketika melepasi Chenor, sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang masuk dari Exit Chenor secara tiba-tiba terus masuk ke lane Kanan sekali dan beliau mengelak kekiri. Dan secara tiba-tiba, driver Gen2 tersebut masuk ke Lane kiri dan menghentam Sdr.Effendi! Suasana di sekitar Majlis Perkahwinan pada hari ini menjadi suram dan bersedih di atas kehilangan beliau. Arwah merupakan seorang yang amat dikenali malahan amat disenangi oleh semua rakan disebabkan keramahan, keikhlasan dan sikapnya yang sering merendah diri. Merupakan salah seorang di antara pengasas Melaka Sprotbike club dan juga antara shifu fotographer di dalam SBM. Mengikut keterangan sahabat-sahabat yang rapat dan sering mengikuti beliau ride...Arwah seorang rider yang sering mengamalkan konsep Pemanduan Berhemah, Memandu secara Defensif dan sering bertindak berhati-hati ketika ride, Namun hanya Allah SWT jualah yang maha mengetahui. Beliau akhirnya pergi ketika ride disebabkan sikap orang lain yang tak berotak dan tak berhati-hati... inilah yang dikatakan sebagai Ajal dan KetentuanNya. Alfatihah buat Arwah Mohd Effendi...
PS: inilah post terakhir arwah pagi tadi sebelum memulakan ride menuju ke Kuala Lumpur dan merupakan post atau kiriman terakhir @ selamat tinggal darinya kepada SBM...


selalu miji post pasal kwn2 yg kemalangan. miji bwk motor hati2 tau adik!
ReplyDelete