
(gambar arwah azhar samin)Salam hormat buat semua Riders and Bikers...Izinkan untuk saya menyampaikan berita sedih dari rakan bikers Bdr Tasik Puteri (BTP) dan juga ahli dari SuperbikesMalaysia.Forum (SBM) bahawa seorang 'orang' kuat darinya telah pergi Kerahmatullahi pada petang 23hb/mei kerana kemalangan motorsikal!Arwah Sdr.Azhar Samin merupakan antara orang lama dalam dunia permotoran tersebut dan dikatakan mula menunggang SBK semenjak awal tahun 2000 (maybe sebelum dari itu). Latest motorsikal yang digunakan adalah jenis R1 yg juga merupakan SBK yang terakhir digunakannya sebelum beliau sendiri terkorban dengan motorsikal kesayangannya...Allahu Akbar...
punca kemalangan: dikatakan arwah sedang mengambil selekoh tajam dan 'terovershoot' apabila tayar belakangnya membuang secara tiba-tiba. Beliau cuba untuk 'recover' dengan duduk kembali apabila motornya membuang, dan akibatnya motor beliau bergoyang teruk dan terus melambung/terbabas...
Semasa Talkin : sebenarnya, menahan sebak melihat keluarga Arwah...isteri dan kalau tak silap saya 3 org anaknya (betulkan saya kalau saya tersilap). Anak sulung lelaki, kedua perempuan dan ketiga rasanya dalam darjah 3-4...isteri arwah cukup tenang saya lihat, redha dengan ketentuannya..tapi tatkala menaburkan bunga dan menyiram air di pusara arwah, hati seorang wanita setabah mana pun berjujuran air matanya...apatahlagi mendengar ucapan dari abang yang tua kepada arwah...tambahan pula melihat anaknya yg kudung sebelah kaki
Apapun buat semua bikers....memang jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ditanganNya..tapi berhati-hatilah sahabat...Kesian, keluarga yang kita tinggalkan...so, kalau terasa nak memecut sahaja...bayangkan mata anak-anak kita dirumah menunggu kepulangan kita semua...dan kalau buleh, tinggalkanlah aktiviti meleper ini...tak berfaedah! kalau nak meleper juga, ok...main track beb! Allahuakbar...Semuga Arwah Tenang di sana dan semuga segala amalannya diterima oleh Allah SWT. Amin... Alfatihah...

al-fatihah...
ReplyDeletekamo tu miji..kak junne slaloo pesan.. ati2 erk!
innalillah..
ReplyDeleteha, betul tu.
i risau kalau jadi apa2 pada u tau syg. hahahaha.
erk..insyaallah x ada apa2..doa2 kan selamat k
ReplyDelete